5 Sebab Mengapa Kita Perlu Menyimpan Emas


Mengapa kita perlu menyimpan emas?


1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya 
 Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. 
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan! Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung? Jika anda berkahwin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122
segram!!


3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang 
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup..

4. Aset yang terunggul 
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
 Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. RM 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.



==========================================



10 Sebab Mengapa Anda Patut Menukar Wang Kertas Kepada Emas

1. Tiada Susut Nilai Dan Inflasi.
Zaman nabi kita s.a.w kambing sedinar seekor, zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang RM460 lebih kurang 1 dinar=4.25g. Wang kertas setiap hari susut nilai. Satu ketika dahulu, duit Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100,000 rupiah=RM35, dulu mahal lagi.


2. Bernilai Kerana Ia Logam.
Dipernilai kerana ia kertas yang dicop sahaja. Jika anda bank Negara (ada kuasa) anda pun boleh cop.


3. Laku Satu Dunia Setiap Masa.
Orang kemboja yang hijrah ke Malaysia kini kaya raya di Kelantan kerana menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, nescaya tak laku kerana negara mereka pada ketika itu kacau bilau. Laku waktu aman je. Contoh depan mata ialah Iraq. Selepas kejatuhan Saddam, wang ringgit Iraq terus tidak bernilai.


4. Pelaburan Paling Terjamin Dan Menguntungkan.
Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 68 dinar tapi dijangka tahun 2009 hanya perlu 30 dinar sahaja. Jadi anda tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai. Kalau anda menabung bentuk duit, nescaya anda perlu tambah lagi wang anda walhal anda nak pergi seorang je.


5. Pemimpin Negara Kita Adalah Penyimpan Dinar.
Mereka tahu tentang tipudaya wang kertas ini. Disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit 100 200. Jangan malukan diri anda lagi.


6. Negara China Adalah Penyimpan Emas Terbanyak Dunia.
Untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana mempunyai emas. Amerika negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab, beli alat pertahanan tapi sekarang, semua sudah tahu tembelang Amerika, cetak duit kertas tanpa emas, tak lama lagi akan down.


7. Layak Kena Zakat.
Dapat pahala. 85gram/20 dinar simpan baru wajib zakat. Zakat 2.125g /setengah dinar. Khilaf ulamak. Ada kata kena ada kata tak.(rujuk kitab risalah imam shafie). petikannya; tidak harus dikiaskan emas dan perak dengan duit ringgit (wang kertas) pada wajib zakat. 3 mazhab lain wajib zakat. Mazhab Shafie tak wajib..anda nak bayar juga, suka hati koranglah tapi taqlid mazhab selain shafie lah, kang tak pasai2 duit habis, amalan tak sah.


8. Keunikan Yang Ada Pada Umat Islam Tapi Tidak Digunakan.
Alat barat untuk mengambil kekayaan orang Islam seperti minyak, senjata,teknologi dan sebagainya.


9. Peningkatan Purata 11% Setahun Tanpa Susutnilai.
Rujuk http://www.kitco.com/, susut nilai setahun 37%. Bonus ASB baru 7% setahun, rugi 30%. Tapi kita tak nampak, kita nampak kertas aku makin banyak.


10. Tiada Siapa Boleh Main Harga Kerana Ia Memang Berharga.
Alat paling bahaya kerana penyangak matawang sentiasa ada. Tak takutkah anda jika 100,000 anda di bank dibuang 3 kosong dibelakang menjadikan duit anda jadi 100 je. Tak mustahil kerana kertas semata-mata, ia hanya diperhargakan.