Impian Emas
Jadikan perniagaan emas sebagai perniagaan yang bermaruah
HARGA PASARAN EMAS DUNIA .....MALAYSIA BAGAIMANA..???
Begitu juga mengapa harga emas kat dalam TV dan dalam suratkhabar lebih murah daripada harga emas di Kedai Emas, Maybank, Public Bank dan Public Gold ?
Untuk makluman anda, Harga emas di Malaysia adalah berdasarkan kepada harga emas dunia. Dengan kata lain, perubahan harga emas di pasaran dunia akan mempengaruhi harga emas di Malaysia.Walaupun harga emas dunia berubah setiap minit dan saat, namun harga emas di kedai emas tidak akan berubah setiap minit dan saat. Sebaliknya harga emas di kedai boleh bertukar setiap beberapa minggu dan juga bulan.Ini membolehkan kedai emas menjalankan urusniaga dengan lancar ( tak ker susah kalau hage emas dikedai emas berubah-rubah.....)
Ada penjual emas yang mengubah harganya beberapa jam sekali contohnya Public Bank GIA dan Maybank GSPA manakala Public Gold pula mengubah harga emas mereka setiap 20 minit. Harga Kijang Emas dan UOB pula berubah sehari sekali.Harga emas dunia adalah lebih kepada panduan untuk peniaga-peniaga emas di Malaysia di dalam menetapkan harga emas mereka.
Di Malaysia emas bukanlah barangan kawalan. Justeru itu harga emas bebas ditentukan oleh penjual emas. Anda boleh lihat harga emas antara satu penjual adalah berbeza dengan penjual yang lain. Ini kerana setiap pengeluar mempunyai kos pengeluaran dan kos-kos lain yang berbeza-beza.Antara kos yang terlibat ialah kos minting, insurans, pengangkutan, penyimpanan, sewa kedai, gaji pekerja dan bermacam-macam jenis kos lagi. Sebagai pelabur yang bijak, adalah penting bagi anda untuk membeli emas pelaburan yang hampir dengan harga emas pasaran antarabangsa.
Harga emas antarabangsa di dalam RM boleh dilihat di sini. Harga ini dipanggil harga spot gold. (spot gold bermaksud harga paling terkini emas di pasaran dunia untuk belian dan jualan (on the spot).
http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html

Selain melihat terus harga spot gold daripada jadual diatas, adalah lebih baik sekiranya anda tahu cara-cara mendapatkan harga ini secara manual.Pengiraan harga emas dunia daripada USD kepada Ringgit Malaysia.
Harga emas dunia dikira di dalam US Dollar. Jadi pergerakan harga emas di dalam RM boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:
1. Harga emas di dalam USD
2. Kadar pertukaran diantara USD kepada Ringgit Malaysia.
Mari kita lihat dengan terperinci:
Fakta: Di dalam tahun 2010 harga emas semakin meningkat di dalam USD. Namun sepanjang tahun 2010, USD adalah semakin lemah berbanding Ringgit Malaysia. Inilah penyebab kenapa harga emas naik tak begitu banyak di dalam RM.
USD makin lemah, RM semakin kuat.
Gambar: Di dalam USD, harga emas naik banyak
.
Gambar: Sebab RM kuat, maka harga emas dalam RM naik lebih perlahan.
(p/s: Pengiraan ini adalah untuk membolehkan anda mengetahui harga emas semasa dunia, tetapi untuk pengetahuan anda tidak ada penjual emas di Malaysia yang menjual emas pada harga spot gold. Mereka akan menjual emas di atas harga spot gold)
Kemudian anda boleh bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh institusi lain contohnya Public bank,Maybank, UOB Bank dan sbgnya. (lihat page jual beli emas - harga emas)
Harga barang kemas di Malaysia.
Bagi barang kemas, kebanyakan kedai-kedai emas menggunakan harga Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM) http://www.fgjam.org.my/ sebagai panduan.
Namun begitu harga ini adalah panduan semata-mata. Ada di kalangan peniaga emas yang memberikan diskaun beberapa ringgit segram daripada harga FGJAM ini.
(p/s: Jika anda membeli barang kemas di kedai emas maka anda akan dikenakan kos harga emas + workmanship)
Kesimpulan:
Saya berharap artikel ini membantu anda mengetahui:
1.Kenapa harga emas dalam RM kadang kadang naik slow walaupun di dalam USD
harga emas naik banyak.
2. Kenapa harga emas berbeza diantara satu penjual dengan penjual yang lain.
Sebarkan ilmu emas ini kepada rakan rakan anda sekarang. Pastinya mereka akan berterima kasih kepada anda.
Disunting dari bijak sekarang untung masa depan.
HARGA PASARAN EMAS DUNIA .....MALAYSIA BAGAIMANA..???
Begitu juga mengapa harga emas kat dalam TV dan dalam suratkhabar lebih murah daripada harga emas di Kedai Emas, Maybank, Public Bank dan Public Gold ?
Untuk makluman anda, Harga emas di Malaysia adalah berdasarkan kepada harga emas dunia. Dengan kata lain, perubahan harga emas di pasaran dunia akan mempengaruhi harga emas di Malaysia.Walaupun harga emas dunia berubah setiap minit dan saat, namun harga emas di kedai emas tidak akan berubah setiap minit dan saat. Sebaliknya harga emas di kedai boleh bertukar setiap beberapa minggu dan juga bulan.Ini membolehkan kedai emas menjalankan urusniaga dengan lancar ( tak ker susah kalau hage emas dikedai emas berubah-rubah.....)
Ada penjual emas yang mengubah harganya beberapa jam sekali contohnya Public Bank GIA dan Maybank GSPA manakala Public Gold pula mengubah harga emas mereka setiap 20 minit.
Baca Seterusnya Lagi....
Karat
- 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam 24K mengikut ukuran lama
- 950 Emas Kelantan atau Emas 9½
- 916.6 Emas Singapura 22K mengikut ukuran lama
- 875
- 835
- 750 18K mengikut ukuran lama
- 585 14K mengikut ukuran lama
- 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama
APA ITU KARAT ( K ) ?
- 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas. Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam 24K mengikut ukuran lama
- 950 Emas Kelantan atau Emas 9½
- 916.6 Emas Singapura 22K mengikut ukuran lama
- 875
- 835
- 750 18K mengikut ukuran lama
- 585 14K mengikut ukuran lama
- 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lama
Baca Seterusnya Lagi...
Harga komoditi dijangka melonjak
KUALA LUMPUR 14 Jan – Permintaan yang kian meningkat di pasaran-pasaran baru muncul, dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah diikuti dengan bencana alam seperti di Brisbane, Australia, yang menjejaskan pengeluaran akan terus menolak naik harga-harga emas, minyak dan logam.
“Pertumbuhan ekonomi global, didahului oleh permintaan pasaran baru muncul dan meningkatnya asas- asas di dunia maju akan merangsangkan harga,” kata Steven Yong, ketua pelaburan strategi dan penyelidikan dan produk pengurusan kekayaan Citibank.
Beliau berkata, harga emas boleh naik ke purata AS$1,503.60 (RM4,586) seaun tahun ini dan AS$1,438.20 (RM4,387) seaun tahun depan sementara harga-harga West Texas intermediate (WTI) boleh melepasi purata AS$100 (RM305) setong pada tahun 2011 dan 2012.
Sudah Tiba Masanya Perdagangan Beralih Kepada Penggunaan Dinar Emas, Dr Mahathir
LANGKAWI, 15 Dis (Bernama) — Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya sudah beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar US yang semakin merosot, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya nilai emas tidak mudah turun menyebabkan nilainya lebih sesuai digunakan pada peringkat antarabangsa berbanding penggunaan dolar Amerika ketika ini.
“Sebelum ini, US$35 bersamaan satu aun emas. Hari ini, satu aun emas bersamaan US$1,400. Ini bermakna dolar US sudah merosot. Inilah masalah yang dihadapi oleh mata wang fiat…nilainya merosot dengan pantas dan banyak tetapi emas tidak susut nilai sedemikian. Jadi, apabila anda membeli dan menjual menggunakan dinar emas, anda mendapat nilai sebenarnya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi Ke-dua (2LIFE) yang berakhir pada hari Rabu.
“Ini tidak bermakna kita perlu membawa emas dan membuat pembayaran dagangan berasaskan nilai emas yang boleh dilakukan melalui transaksi lain,” katanya.
Mengenai penggunaan dinar emas di Kelantan, beliau berkata keadaan ketika ini tidak sesuai untuk menggunakan emas sebagai mata wang tetapi lebih sesuai digunakan untuk perdagangan import dan eksport.
Mengenai sistem kewangan Islam, Dr Mahathir berkata ia sepatutnya digunakan untuk membantu negara-negara Islam yang miskin supaya sehingga semua negara tidak lagi miskin.
“Ada negara Islam kaya dan ada yang miskin. Patut ada imbangan. Kita gunakan kewangan Islam kita untuk menabur kepada negara yang miskin. Guna pasaran Islam yang baik…mereka jadi kaya,” katanya.
Katanya apa yang penting sistem Islam itu berkembang dengan sendiri dan negara-negara Islam menggunakannya untuk manfaat negara-negara Islam.
“Kewangan Islam akan menjadi (berkesan) bila kita berjaya. Sekarang ini kita lihat orang bukan Islam pun gunakan perbankan Islam…sukuk semua tu. Kewangan Islam ini penting.”
“Kalau tak faham selok belok bank dan cara nak bayar hutang, kita takkan dapat manfaat sepenuhnya,” katanya.
– BERNAMA
Sudah Tiba Masanya Perdagangan Beralih Kepada Penggunaan Dinar Emas, Dr Mahathir
LANGKAWI, 15 Dis (Bernama) — Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya sudah beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar US yang semakin merosot, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya nilai emas tidak mudah turun menyebabkan nilainya lebih sesuai digunakan pada peringkat antarabangsa berbanding penggunaan dolar Amerika ketika ini. ( Baca seterusnya...)
Harga emas cecah RM150 satu gram
HARGA emas diunjurkan meneruskan arah aliran meningkatnya pada tahun ini untuk mencecah sehingga RM150 satu gram.
Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Poh Kong Holdings Bhd, Datuk Eddie Choon, berkata umumnya harga dagangan komoditi itu di pasaran global dijangkakan melonjak sehingga AS$1,500 seauns tahun ini berbanding kira-kira AS$1,300 seauns sekarang.
“Harga emas adalah kukuh tahun lalu sekitar AS$1,400 seauns dan saya menjangkakan ia mampu mencecah AS$1,500 seauns pada tahun ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) Poh Kong di Kuala Lumpur, semalam.
Harga emas ditutup tahun lalu pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.
Ia ditutup pada AS$1,375.3 seauns. Di pasaran tempatan ia diniagakan pada harga RM136.01 satu gram kelmarin.
Emas adalah komoditi paling kukuh sepanjang tahun lalu kerana pelabur melihatnya sebagai pelaburan lindung nilai.
Choon berkata, walaupun harga emas tinggi ia tidak menghalang pengguna daripada membelinya disebabkan nilainya dijangka terus kukuh.
“Emas dianggap pelaburan jangka panjang yang memberikan perlindungan terhadap beberapa risiko tidak dijangka dalam kitaran ekonomi,” katanya.
Beliau menjelaskan, perhiasan emas yang dikeluarkan oleh Poh Kong juga terus menjadi penyumbang pendapatan utama kepada kumpulan itu.
Poh Kong adalah peneraju dalam pengeluaran serta peruncitan emas, barang perhiasan dan batu bernilai di negara ini dengan rangkaian 97 cawangan di seluruh negara.
Kumpulan itu menguasai 15 peratus pasaran produk emas di Malaysia.
Sementara itu, Choon berkata, Poh Kong merancang membuka tiga lagi cawangan tahun ini membabitkan pelaburan kira-kira RM9 juta.
Mengenai rancangan untuk meluaskan cawangan Sabah dan Sarawak serta luar negara, beliau berkata, ia sedang dipertimbangkan tetapi bukan dalam waktu terdekat ini.
Poh Kong meraih keuntungan sebelum cukai sebanyak RM44.8 juta dalam tahun kewangan 2010 meningkat 16.1 peratus daripada RM38.6 juta tahun kewangan sebelumnya.
Choon berkata, peningkatan itu didorong prestasi lebih baik dalam margin keuntungan dan peningkatan pendapatan hasil jualan.
Sumber : http://www.bharian.com.my
BERAPAKAH NILAI WANG ANDA..?
Wang kertas sekarang mempunyai nilai yang telah ditetapkan nilainya dan mempunyai harga yang tersendiri mengikut ketentuan pentadbiran sesebuah negara ataupun ekonomi sesebuah negara itu.
Cuba anda pegang dan perhatikan not kertas yang bernilai RM100. Adakah anda rasa ia bernilai sekadar muka depan dan belakangnya bercetak RM100. Rasanya tidak...Wang kertas itu tidak mempunyai apa-apa nilai sekiranya sesebuah negara itu tidak menetapkan nilainya. Jika berlaku peperangan di sesebuah negara dan anda berada di negara tersebut dan mempunyai sebanyak mana wang kertas dan cuba gunakannya....adakah ia dapat digunakan pada ketika itu ??....MUNGKIN TIDAK....
Bagaimana pula dengan EMAS...
- Satu benda yang tidak boleh diadakan...
- satu benda yang semakin berkurangan..
- satu benda yang mempunyai nilai yang tinggi di semua tempat di dunia...
Jadi...Simpanlah EMAS sekarang..untuk masa depan anda...
Emas Public Gold - 20 gram
DIJUAL PADA HARGA ISTIMEWA
POTONGAN 1.5% DARI HARGA SEMASA PUBLIC GOLD
(Untuk Bukan Dealer Sahaja)
Tawaran Sehingga 31 Dec 2010
PUBLIC GOLD 20 GRAM
NO. SIRI: P003120
NO. SIRI: P002460
PUBLIC GOLD 20 GRAM
NO. SIRI: P002441
SOLD
PUBLIC GOLD 20 GRAM
NO. SIRI: P002440
SOLD
PUBLIC GOLD 20 GRAM
NO. SIRI: P002083
SOLD