Harga komoditi dijangka melonjak

KUALA LUMPUR 14 Jan – Permintaan yang kian meningkat di pasaran-pasaran baru muncul, dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah diikuti dengan bencana alam seperti di Brisbane, Australia, yang menjejaskan pengeluaran akan terus menolak naik harga-harga emas, minyak dan logam.

“Pertumbuhan ekonomi global, didahului oleh permintaan pasaran baru muncul dan meningkatnya asas- asas di dunia maju akan merangsangkan harga,” kata Steven Yong, ketua pelaburan strategi dan penyelidikan dan produk pengurusan kekayaan Citibank.

Beliau berkata, harga emas boleh naik ke purata AS$1,503.60 (RM4,586) seaun tahun ini dan AS$1,438.20 (RM4,387) seaun tahun depan sementara harga-harga West Texas intermediate (WTI) boleh melepasi purata AS$100 (RM305) setong pada tahun 2011 dan 2012.

Baca Seterusnya Lagi...